Wednesday, November 2, 2011

KERJA KERJA KERJA

Assalamualaikum wbt


Lama rasenye tak tulis diary nih. Dan hari ni rasenye nak sgt tulis mulis nih. "Kerja" adalah entry aku ari ni. sbb nya esok ade inteview. Inteview pon adalah kerja yg x brapa minat di hati. Sbb nye kena duduk dlm air cond.. huhu tp di zaman yg serba pantas ni kerja sangat lh susah nk cari.


Lalu aku amati ape itu kerja. Kerja dilakukan hampir semua org didunia ini yg dianggarkan 7 billion org da didunia ni.. tp knapa kita perlu kerja di dunia ini.. sbb nya kerana ingin mendapatkan duit/upah. upah ini lalu kita gunakan untuk menukar dgn sesuap nasi, seliter minyak petrol, tukarkan dgn air paip, tukar dgn gas asli, tukarkan dgn sayur-sayuran, ikan, ayam..... lalu duit ini ditukarkan kembali kepada para pekerja yg mencari ayam, ikan, sayur, gas, petrol, air dan nasi..


tidakkah kita terpikir andai dunia ini tanpa wang..kerana semua didunia ini atas kurniaan Allah jua.. sepatutnya   kita membayar kepada Allah yg menciptakan kita. (andai lh semua umat islam ) bukan kah senang hidup kita didunia ini.. tiada lg yg kelaparan sedangkan ada ramai yg membazir...tiada lagi yg meninggalkan solat tatkala sibuk mencari duit..mengapa kita perlu membayar sedangkn segalanya diberi percuma oleh Allah di dunia ini..


Ya Allah.. Engkaulah yg maha pengasih lagi maha penyayang..


apa pon kita terpaksa juga bekerja kerana Allah tidak akan menukarkan takdir kita melainkan diri kita sendiri.. yg selebihnya kita hanya perlu bertawakal dan menyerah diri sepenuhnya kepadanya.. 


Ya Allah tunjukkanlah hikmah Mu sepanjang tiga hari ku ini.. Permudahkanlah keputusan ku dan bukakanlah petunjuk Mu yg tersembunyi untuk ku itu... Amin ya rabbal A'lamin..